curser

Sunday, November 10, 2013

KEK BATIK MOIST

assalamualaikum....

biasanya kite makan kek batik tu rasa keras kan? di sini saya nak kongsi resepi kek batik tu rasa lembut dan cair di mulut bila makan. hehehehehe.....nama resepi ni.....

KEK BATIK MOIST

bahan2 :
  • 250g butter
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 10 sudu besar milo
  • 1 sudu besar nescafe (kasi ada aroma sikit :-D )
  • biskut marrie dipecahkan kepada 4 (ikut suka nak banyak mana)
cara-cara :
  • pukul butter bersama gula hingga kembang
  • pukul telur satu persatu
  • masukkan milo dan kacau sebati
  • masukkan nescafe dan kacau sebati
  • masukkan air dan kacau sebati
  • masukkan bahan yang telah diadun tadi ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. sentiasa kacau hingga pekat dan macam berketul2 sikit
  • masukkan biskut marrie dan kacau rata
  • selepas siap dimasak, masukkan ke dalam bekas yang cantik dan biarkan seketika. masa masukkan kek tu, tekan-tekan sikit dengan sudu/senduk nasi agar kek mampat dan rata. kemudian, masukkan dalam peti sejuk
  • bila dah sejuk, potong dan siap untuk di ngap!!!! hmmmm.....memang moist


  • selamat mencuba......memang MOIST!!!!