curser

Sunday, December 22, 2013

KUIH CARA BERLAUK BAKAR

......assalamualaikum semua..........

hari ni saya nak kongsi resepi kuih cara berlauk bakar. 

let's check it out!!!!!



A) bahan adunan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air 
  • 1/2 cawan susu segara atau santan
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
B) bahan inti :
  • daging cincang ikut suka hati nak banyak mana. lagi banyak lagi sedap (banyak dah daging yang siap dicincang jual kat supermarket)
  • sedikit minyak untuk tumis
  • sedikit air 
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit serbuk kari (ikiut suka)
  • daun kari
  • sedikit gula dan garam
C) bahan hiasan :
  • cili merah dihiris
  • daun sup dihiris
  • bawang goreng (jika tak suka tak yah letak)
cara buat :
  • panaskan oven terlebih dahulu 170 C 
  • blend semua bahan A hingga sebati
  • tuang dalam loyang (sapukan majerin kat loyang agar tidak melekat) dan ketepikan seketika
  • tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan jintan putih
  • panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi
  • pastu masukkan cili kisar, serbuk kari, daun kari, gula, garam dan air
  • masukkan daging dan kacau hingga masak
  • setelah bahan B siap dimasak, dengan menggunakan sudu besar, letakkan inti tersebut dalam loyang tadi sedikit demi sedikit sehingga penuh. 
  • taburkan cili, daun sup dan bawang goreng di atasnya. pastu bakar selama 1jam atau sehingga masak


tapi mak kite cakap...........kuih cara berlauk bakar yang kite buat ni "kuih pemalas" sebab kuih ni 

sebenarnya kena masak guna loyang khas. kuih cara berlauk yang "rajin" dan traditional seperti gambar kat

 bawah ni.....ni zaman mak dulu2. hehehe.....kuih yang kite buat ni zaman master chef. hehehhe...