curser

Tuesday, April 23, 2013

resepi agar agar milo oreo

AGAR AGAR MILO OREO


assalamualaikum....mari la try buat. senang, cepat dan sedap
 
 

Bahan-bahan :

agar-agar 25g
6 cawan air
12 sudu besar gula
15 sudu besar milo
1/2 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo (buang krim dan patahkan biskut. nak letak lebih pun boleh)

NOTE : MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN SENTIASA KACAU

pengajaran untuk diri sendiri sebab masa kite buat ni, kite lupa nak kecilkan api. pastu kite tak kacau. kite biarkan je kat atas dapur. tetiba kuah agar agar tu menjeluak. hangit sikit. dah la nak kasi keluarga mertua makan. ish3.....teruk...teruk...teruk.....tapi husband cakap sedap jer. ye ke? ke sebab nak sedapkan hati kite? huh.....

 
 basuh agar agar terlebih dahulu.
 masuk agar agar dan air dalam periuk dan masak hingga agar agar cair
 
 
sementara tunggu agar agar cair, bancuh gula dan milo dengan air panas supaya tidak berketul dan mudah larut. selepas agar agar cair, masukkan gula dan milo dalam periuk. masak sehingga sebati..
 

kemudian masukkan susu cair (terpulang la nak pakai susu cap apapun) dan masak hingga sebati dan biarkan kuah sedikit pekat. masukkan biskut oreo dalam periuk dan kacau hingga sebati


tuangkan agar agar yang sudah siap dimasak ke dalam bekas kesukaan anda dan tunggu seketika.
kemudian masukkan ke dalam peti sejuk


tadaaaaa.....inilah hasilnya. yummy!!!!! rasa milo dan oreo. memang la rasa milo dan oreo sebab dah terang2 ni agar agar milo oreo. eeee...ngok ngek :)
 
ok viewer.....selamat mencuba. kalau ada anak kecil lagi diorang sukakan...kan...kan.....