curser

Tuesday, April 30, 2013

Resepi Snek Salad a.k.a Ssambap

SNEK SALAD AYUMI'S POYO

A.K.A SSAMBAP


assalamualaikum kawan2....................
 
gara gara mengikuti game show runningman (korea game show), kite baru tahu serba sedikit berkenaan makanan korea. salah satunya SSAMBAP.....iaitu sejenis makanan nasi dan lauk diletakkan di atas salad. pastu gulung salad tu....dan makan!!! sesuai kepada mereka yg nak diet :)
 
kali ni kite nak share resepi snek salad a.k.a ssambap versi melayu. tapi sebelum tu...kite nak letak gambar running man. kikikiki.....


 

bahan :
  • salad
  • tomato (potong dadu)
  • nugget yg telah digoreng (potong dadu)
  • hotdog yg telah digoreng (potong dadu)
  • sos cili & tomato
  • mayonis
  • jus lemon, garam, lada hitam, cheese, atau apa2 perasa tuk menyedapkan lagi snek ni (ikut kreativiti masing2)

cara buat :
  • basuh daun salad sehelai2 dan toskan
  • goreng nugget dan hotdog terlebih dahulu. pastu potong bentuk dadu.
  • bersihkan tomato dan potong bentuk dadu
  • masukkan nugget, hotdog dan tomato ke dalam bekas besar.
  • masukkan mayonis, sos cili & sos tomato
  • masukkan perasa seperti perahan jus lemon ke, sos lada hitam ke, apa2 lah yg korang suka
  • gaulkan sehingga sebati
  • ambil dalam 1 sudu bahan yang telah digaul tadi ke atas daun salad.
  • gulung daun salad dan NGAP!!!!! apalagi.....makan la.....

bahan yang telah siap digaul semuanya....
 
gambar kiri tu gambar kite punye. gambar kanan tu gambar original ssambap. sepatutnya kena pakai daun salad seperti dalam gambar kanan tapi salad ni jer yang ada dalam peti sejuk. belasah je la...janji salad kan.
 
pastu gulung......pastu makan la....memang diet betul :)
 
kite rasa....snek ni juga boleh dijadikan salah satu makakan utama untuk anak2 makan sebab biasanya budak2 ni susah nak makan sayur kan. ok lah....selamat mencuba yer.