curser

Sunday, December 13, 2015

RAUDHAH MASJID NABAWI TAMAN SYURGA & TEMPAT DOA MUSTAJAB (JEMAAH WANITA)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM AHLI RAUDHAH ALLAH

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

RAUDHAH DI MASJID NABAWI TAMAN-TAMAN SYURGA & TEMPAT DOA MUSTAJAB 
(JEMAAH WANITA)

Masyaallah...Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar....akhirnya Allah memberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke dalam Raudhah-Mu Ya Allah.

Raudhah bermaksud taman dan nama itu diberikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Dalam satu hadis bermaksud : Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah Raudhah (taman) dari taman-taman syurga.

p/s : cerita sebelum dan selepas boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah & ziarah


Berselfie dulu sebelum bergerak ke Raudhah. Walaupun kami sudah jejakkan kaki di Madinah dan Masjid Nabawi....hati masih berdebar-debar selagi kaki ini tidak dapat jejak ke dalam Raudhah kerana kami sangat takut sekiranya Allah tidak mengizinkan kami masuk ke dalam Raudhah-Mu dan Rasulullah S.A.W tidak mahu berjumpa dengan umatnya ini...

Ini adalah Ustazah yang akan membawa dan membimbing kami ke Raudhah. Ustazah ini daripada Indonesia. Suka dengar cara Ustazah ini bercakap kerana kata-katanya sungguh halus, lemah lembut dan bersastera. Lihat saje pada fesyen telekungnya sudah tahu Ustazah ini daripada Indonesia. Hihi...

 Hmmm....berselfie lagi. Ish...ish...ish....Masa ni Ustazah tengah sibuk memberi ceramah tentang Raudhah tapi kami sibuk bergambar dan tidak memberi tumpuan 100% pada taklimat Ustazah dan akhirnya kami tidak dapat maklumat penuh apa yang disampaikan oleh Ustazah. Huhu...Korang kat luar sana jangan buat macam ni tau...Sila beri tumpuan wokey.

 Keterujaan nak ambil gambar di Masjid Nabawi pada waktu malam. Seronoknya....


Cantiknya.....Rasa memang tak nak balik ke hotel. Rasa nak duduk kat sini jer. Waktu malam sangat sejuk...berangin....


Ok...kami sekarang berada di depan pintu Masjid Nabawi. Untuk masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita antaranya melalui pintu no.25.

 Perlu berkumpul ikut negara seperti Malaysia dengan Indonesia. Nak kenal group senang je...biasanya Indonesia & Malaysia pakai telekung warna putih. Manakala group pakai jubah dan tudung hitam daripada negara turki, arab, etc.

 Kalau boleh jangan join group orang Arab kerana badan mereka yang sangat besar dan kalau jatuh confirm lenyek. Hihihi....Daripada pengalaman kami, mereka agak selfish, suka tolak2 dan tak nak bagi ruang untuk solat tapi ada juga antara mereka yang baik. 

Sebaiknya join lah dengan group Malaysia & Indonesia kerana serumpun, lemah lembut, saling memahami, membantu dan juga tidak suka berebut atau bertolak2.


Ini adalah video yang diambil semasa menunggu turn nak masuk ke dalam Raudhah di kawasan jemaah wanita. Nampakkan kumpulan daripada negara Asia dan Timur Tengah. Haaa...pandai2lah bawa diri yer :)

Wefie sat sementara tunggu turn nak masuk ke Raudhah. Banyakkan berdoa, berselawat, berzikir dan membaca Al-Quran supaya Allah permudahkan kita semua untuk masuk ke Raudhah.

Hahaha....Sian dia sampai tertidur. Kami agak mengantuk kerana penat travel dalam flight dan malamnya terus ke Raudhah. Lagipun nak tunggu turn boleh masuk ke Raudhah berjam-jam. Kami start pukul 10 malam dan siap pukul 1 - 2 pagi.

Raudhah terletak di antara Makam Rasulullah (dahulunya rumah Rasulullah) dan Mimbar Rasullullah. Nampak tak kubah warna hijau tu? haaa....kat situlah Raudhah. 

Kat tempat menunggu tu bumbung akan dibuka pada waktu malam dan dapatlah lihat langit dan bintang berkelipan manakala pada waktu siang akan dibukakan payung besar.

 Hiasan Kubah Masjid Nabawi (Raudhah)

 Alhamdulillah....akhirnya berjaya jejakkan kaki ke dalam Raudhah. Nak tahu dah masuk ke Raudhah atau belum lihat pada warna karpet seperti gambar di atas. Karpet merah bukan kawasan Raudhah manakala karpet hijau adalah kawasan Raudhah.

Kawasan dalam Raudhah bersesak dengan umat Nabi Muhammad S.A.W daripada pelbagai negara. Takde langsung ruang untuk solat seperti kebiasaan yang kita amalkan di masjid luar. Tempat ini tidak pernah sepi dan sentiasa dipenuhi dengan umat nabi Muhammad S.A.W kerana ianya ANTARA TEMPAT DOA MUSTAJAB.

Tipsnya senang sahaja. Ada je ruang yang agak2 boleh solat walaupun terpaksa berhimpit, terus je solat. Tapi sebelum itu, minta kawan-kawan, sedara-mara, family atau jemaah lain buat kepungan supaya orang lain tidak akan menolak atau langkah ketika sedang sujud. 

Kalau orang Arab berdegil juga...cakap kat mereka SOLAT! SOLAT! Nanti mereka akan lalu tempat lain. Lepas tu bergilir-gilirlah buat kepungan.

Memandangkan tempat ini agak sesak dan ramai lagi di luar sana yang tengah menunggu turn nak masuk Raudhah....anda dinasihatkan janganlah berlama-lama di dalam Raudhah.

Kami solat sunat 2 rakaat (terpulang nak solat hajat ke...taubat ke...). Lepas tu kami beralih tempat cari tempat ruang kosong yang lain supaya kami dapat bagi peluang orang lain untuk solat di tempat kami tadi. 

Nampak sahaja ruang kosong yang lain kami terus solat sunat 2 rakaat lagi. Selepas itu, kami terus keluar kerana kami tak nak selfish atau pentingkan diri sendiri. Ingat...Kita nak Allah makbulkan doa kita kerana di situ antara tempat doa mustajab tapi anda kena ingat jika anda beri peluang pada orang lain untuk solat di Raudhah...Insya Allah, Allah akan perkenankan doa kita. Amin....

Waktu Raudhah untuk jemaah wanita dalam sehari :

Selepas Subuh sehingga jam 9-10 pagi
Selepas Zuhur sehingga jam 3 petang
Selepas Isyak sehingga jam 11-12 malam

Waktu Raudhah bagi jemaah wanita sentiasa berubah-ubah ikut mood polis wanita yang jaga di situ. Kadang2 dah tutup gate lebih awal tau. Kalau tak percaya boleh tanya dengan pekerja Indonesia dalam masjid di situ.

Saya tidak pasti kenapa waktu berubah2...tapi saya anggap ianya salah satu cara untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

Saya sudah nekad nak ke Raudhah sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya berada di Madinah 4 hari.

1) Hari pertama dapat masuk ke Raudhah bersama pimpinan Ustazah. 

2) Hari kedua saya dan ibu dah sampai di Masjid Nabawi tapi tetiba saya terkentut dan sakit perut la pulak. Ibu saya pun nak ke tandas untuk buang air kecil. Tandas jauh plak tu,..huhu...Disebabkan kami dah buang masa di tandas, kami sampai ke masjid jam 12 malam tapi gate baru sahaja ditutup. Kami cuba merayu dengan polis tu supaya benarkan kami masuk tapi dia tak bagi. Akhirnya kami solat sunat sahaja di dalam masjid.

3) Hari ketiga saya dan ibu ke Raudhah dalam pukul 10.45 malam. Ajak suami saya sekali sebagai peneman. Alhamdulillah...Allah permudahkan kami masuk sekali lagi ke dalam Raudhah.

4) Hari keempat, adalah hari terakhir kami di Madinah. Selepas Zohor kami akan berangkat ke Mekah. Jadi, kami nekad nak ke Raudhah sebab mungkin ini adalah peluangku yang terakhir nak ke Raudhah. Masa tu baru sahaja pukul 9 pagi tapi Raudhah dah ditutup. Sedihnyeee....kenapa tutup awal sangat? Saya tidak puas hati saya tanya pada cleaner Indonesia disitu. Katanya ikut suka polis di situ nak tutup pukul berapa. Huhu....boleh plak macam tu. Sabar je lah.

Target nak masuk ke Raudhah 4 kali tapi dapat masuk 2 kali dah rasa bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah. Jemputlah kami sekali lagi untuk ke sini suatu hari nanti bersama keluarga mertua dan anak-anak kami. Amin....




Friday, November 20, 2015

MASJID NABAWI MASJID KEDUA PALING SUCI (UMRAH & ZIARAH MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM  BAKAL AHLI SYURGA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.


MASJID NABAWI MASJID KEDUA SUCI 

Alhamdulillah....akhirnya kami dapat kongsikan ilmu, pengalaman dan kenangan kami sekeluarga untuk sahabat di luar sana sepanjang kami berada di Masjid Nabawi. 

p/s : untuk cerita sebelum atau selepasnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk umrah & ziarah yer....TQ

Boleh baca tapi tak faham. Faham perkataan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi jer. Hihi...

Masjid Nabawi adalah Masjid ke-2 paling suci dalam agama Islam.  Masjid pertama yang paling suci adalah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid paling suci no. 3 adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin.

Masjid Nabawi adalah masjid ke-2 yang dibina sendiri oleh Rasullullah S.A.W. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W adalah Masjid Quba. 

Masjid Quba saya dah ceritakan sebelum ini dan boleh click pada box di sebelah kanan di atas tu yer. Sweetnya adik kite Nur Amirah....pinky & peach gituwww :)

Pada awal-awal masjid ini dibina ianya terletak disebelahan rumah Rasulullah. Dan Maqam Rasulullah juga terdapat di dalam masjid ini. Ya Allah....terasa dekat sungguh dengan Rasulullah.

Bergambar bersama roommate kami...Makcik Lin, Pakcik Rashid dan anak lelakinya. Masa ni berjalan bersama-sama untuk lihat Masjid Nabawi dan dibimbing oleh Mutawwif tak berlesen iaitu abah kami. Hahaha....semangat abah terangkan pasal Masjid Nabawi kat kami.

Luaskan kat sini...boleh duduk dan rehat dengan family sepanjang masa daripada pagi hingga ke tengah malam dan hinggalah pagi esoknya. Jangan takut-takut nak duduk kat lantai ni sebab lantai ini sentiasa dibersihkan. Nak naik benda tu...macam best jer  !!!

 Sangat digalakkan banyak beribadat di Masjid daripada duduk di hotel. Boleh beriktikaf, membaca Al-Quran dan berzikir kerana mendapat pahala. Kalau dah penat...boleh tidur di dalam masjid pun dapat pahala tau. Mudahnya mengumpul pahala di sini. Allah Maha Pemurah.

Nampak tak pintu kat belakang tu? Itulah pintu Babul Salam. Pintu ini hanya dibenarkan jemaah lelaki sahaja. Jemaah wanita dilarang masuk melalui pintu ini. 


 Ini pula pintu dibahagian wanita. Kat pintu ini akan ada 'polis' berjubah hitam jaga depan pintu. Mereka akan pastikan camera tidak boleh dibawa masuk. Manakala handphone dibenarkan bawa masuk. Respect la dengan polis2 wanita ni. Walaupun ramai giler jemaah masuk pintu masjid tapi mereka terror check setiap jemaah yang masuk. Garang jugak mereka ni.

 Ini pula suasana di dalam Masjid Nabawi.

 Banyak kerusi yang disediakan kepada mereka yang sakit kaki dan perlu solat secara duduk. Nak sedeqah pun boleh. Boleh beli kerusi ni kat kedai lepas tu bawa masuk ke masjid ni untuk diwaqafkan. Banyak pahala tau sebab terlalu ramai orang solat guna kerusi terutama warga tua dan golongan obesiti.

Itu pula adalah aircond / blower untuk pastikan masjid sejuk. Dan disitu juga ada Al-Quran.

Yang ini pula adalah tong air zam-zam. Boleh minum sesuka hati banyak mana pun. Perasan tak tong yang ada tulisan biru tu? Yang ada tulisan biru air zam-zam suam dan yang tiada tulisan biru tu air zam-zam sejuk. 

Digalakkan anda membawa botol air kecil supaya boleh 'tapau' air zam-zam buat bekalan jika haus atau untuk ambil wudhu apabila emergency. Tapi....jangan bawa botol air besar confirm kena rampas dengan polis tadi. Bawa botol air kecil dan banyak-banyak tak akan kena rampas. Haaa...faham tak?


Cara minum ambil cawan yang terlangkup. Lepas minum letak di bahagian sebelahnya tapi cawan tu jangan diterlangkupkan. Itu menunjukkan cawan telah diguna orang.


 Beli....beli...shopping...shopping....jubah, kurma, tasbih, minyak wangi, al-quran, inai, kayu sugi, coklat, gula-gula, sarung kaki dan banyak lagi.

Mereka jual atas lantai atau meja mudah lipat. Kalau polis datang serbu mereka boleh cabut lari dengan cepat. Paling best shopping pashmina / selendang cantik dan murah sangat. Rambang mata...

Comel budak kecil ni. Insya Allah ada rezeki anak boleh bawa ke sini....

sambung next episode wokey :)




Saturday, October 17, 2015

PAHALA SOLAT JENAZAH SEBESAR JABAL / BUKIT UHUD (UMRAH & ZIARAH MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.


JABAL / BUKIT UHUD BUKIT DI SYURGA

Antara tempat ziarah yang wajib pergi adalah ziarah ke Jabal / Bukit Uhud. Banyak sejarah dan peristiwa penting berlaku di sini.

P/S : untuk cerita selepas dan sebelumnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk umrah dan ziarah yer....TQ

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Jika ingin melihat bukit di syurga, maka ziarahlah bukit Uhud. Jabal Uhud sangat besar dan boleh dilihat terus daripada Masjid Nabawi.

Haa...nampak tak bukit kat belakang sekali tu....yang kabur sikit tu. Kalau tengok secara live memang boleh nampak Bukit Uhud daripada Masjid Nabawi.

Di sinilah berlakunya peperangan Uhud selepas peperangan Badar. Kaum kafir musyrikin kalah semasa peperangan Badar dan mereka ingin membalas dendam dan sebab itulah wujudnya peperangan Uhud. 

Semasa peperangan Uhud, pada mulanya kaum Muslimin hampir kalah kerana telah ingkar kepada arahan Rasulullah. Kemudian, mereka ikut semula arahan Rasulullah dan pertahanan kaum Muslimin kembali terkawal.

Selain daripada sejarah peperangan Uhud, Jabal Uhud juga ada keistimewaannya. Haa...nak tahu apa yang istimewa sangat tu...moh ler baca lagi kat bawah ni.

Untuk makluman semua....barangsiapa solat di Masjid Nabawi akan mendapat pahala 1000 kali ganda dan siapa solat di Masjidil Haram akan mendapat pahala sebanyak 100,000 kali ganda. Ok...apa kena mengena dengan Jabal Uhud plak...?

Inilah kaitannya....barangsiapa solat jenazah akan mendapat pahala 1 qhirad. Kemudian, selepas solat jenazah bagi mereka yang mengikut jenazah sehingga selesai dikebumikan akan mendapat 2 qhirad.

1 qhirad adalah bersamaan sebesar Bukit Uhud. Jika 2 qhirad sebesar 2 bukit Uhud. Masha Allah....dah la solat jenazah di Masjid Nabawi dapat pahala 1000 atau Masjidil Haram dapat 100,000 kali ganda ditambah pula dengan pahala sebesar Bukit Uhud.

Cuba lihat Jabal Uhud tu...besar kan. So, boleh lah bayangkan besarnya pahala yang diperolehi jika solat jenazah. Allah Maha Kaya & Pemurah (Ar-Rahman)

Tak susah pun nak kumpul pahala di Masjid Nabawi & Masjidil Haram kerana setiap hari dan setiap waktu selepas solat mesti ada solat jenazah.

Bayangkan seandainya kita solat jenazah di Masjid Nabawi....
1 kali selepas siap solat fardhu 5 kali x 1000 pahala x 1 qhirad x hari. Berjuta-juta lemon pahala tau. Belum tambah lagi pahala kat Masjidil Haram. Di sana setiap waktu ada jer solat jenazah.

Kalau kat Malaysia ni ntah berapa kali la solat jenazah dalam setahun. Ntah-ntah takde langsung solat jenazah dalam setahun tu. Mudahnya buat pahala berlipat ganda di Masjid Nabawi & Masjidil Haram. Terima Kasih Ya Allah atas ganjaran yang diberikan.

Tengok abah kami tu....susah betul nak amik gambar. Bukan nak pandang camera....boleh berjalan plak. Huhu....sabor jelah yer :)

 Di sini pun ada ramai peniaga jual macam-macam....ada jual kurma, tasbih, dll.

 Nak lebih faham sejarah peperangan Uhud silalah baca kat belakang tu. Muahaahahaha....

Dah tengahari dan cuaca dah start panas. Bawalah sun glass supaya selesa perjalanan ketika ziarah.

 Antara tempat wajib ambil gambar bagi para jemaah. Kami tak naik pun bukit tu....Cukup sekadar nampak bukit tu untuk kenangan kami suami isteri :)

Bersama jemaah group kami

Yang paling menyerlah dalam gambar tu....Hakim. Dia yang paling RARE. hahaha... Hakim...Hakim...Dia datang bersama atuknya. Jauh tau...daripada Sabah. Rindu sama mereka semua.

Alhamdulillah....siaplah cerita kami untuk ziarah di Madinah. Lepas ni kami cerita lebih detail lagi berkenaan Masjid Nabawi & Raudhah. Yezaaaa....itu yang dinanti-nantikan !!!!

Jumpa lagi di next story yaaa :)