curser

Thursday, July 23, 2015

AIRPORT JEDDAH KE MADINAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

AIRPORT JEDDAH KE MADINAH

Alhamdulillah...bertemu lagi kita ke cerita no.3 iaitu pengalaman kami di airport Jeddah ke Madinah.
cerita sebelumnya atau selepasnya sila click link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

Kami bertolak dari aiport Abu Dhabi pada jam 2.00am (waktu Abu Dhabi - lewat 4jam daripada waktu Malaysia) dan sampai di airport Jeddah pada jam 4.00am (waktu Arab - lewat 5jam daripada waktu Malaysia).

 Ya Allah....teruja sangat2 apabila dapat jejakkan kaki kami di bumi Jeddah.

Flight kami masih sama iaitu ETIHAD tapi kali ini flight besar giler sebabnya terlalu ramai umat manusia yang transit di airport Abu Dhabi yang hendak menunaikan umrah terutama umat manusia dari Negara Indonesia. Tengoklah fligh kat belakang kami tu.....besarnya.

Ingat lagi tak cerita 'seram sejuk' kami kat aiport Abu Dhabi tu? Haaaaa....sampai je kat airport Jeddah terus kami cari toilet. Nasib baik masa kami sampai tu toilet tak ramai orang. Ini muka happy dan lega selepas mem'buang'. Akan kami kenang cerita 'seram sejuk' kami ini sampai bila2. Hahahahahaha....terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan pengalaman manis kami di sini :)

Haaaa....korang semua boleh agak tak jemaah ini dari negara mana? Kalau tengok dari segi pemakaian mereka mesti korang dapat agakkan? Mereka jemaah dari Negara Indonesia!!!

Suka betul tengok pakaian mereka. Mereka akan berpakaian seragam bercorak batik baik lelaki mahupun perempuan. Ini baru satu colour. Ikutkan group lain ada yang warna hijau, purple, oren, dll. Terima kasih Ya Allah kerana aku dapat belajar sesuatu dari adat dan budaya mereka.

Ada satu lagi cerita 'unik' dan 'menguji tahap kesabaran' sebelum mengerjakan umrah. Kami semua perlu beratur panjang untuk lepas di kaunter imegresen. Dah beratur panjang tetiba ada petugas seperti polis kat situ panggil kaum hawa untuk beratur di kaunter yang dikhaskan untuk kaum hawa. Apalagi...berlarilah kami ke kaunter situ. Berebut-rebut dengan orang Indonesia. Siap potong barisan tu. Masa tu ada sedikit hot jugak tapi sabar....Allah nak uji kita tu. Rezeki untuk saya, adik saya dan mak saya dapat barisan paling depan.

Tapi, kami rasa kasihan sangat layanan polis/staff di situ terhadap kaum hawa berkulit hitam. Sangat tidak adil. Staff situ layan kaum hawa Malaysia dan Indonesia dengan sangat baik tapi mereka layan kaum hawa berkulit hitam dengan kasar. Saya tidak pasti kenapa...tetapi berdasarkan cerita orang2 yang dah pernah ke sini bagitahu kaum hawa Malaysia dan Indonesia sangat sopan santun dan lemah lembut manakala kaum hawa berkulit hitam bersikap kasar dan degil. Saya pun dah lihat dengan mata saya sendiri. Kaum hawa kulit hitam tersebut berani melawan staff/polis kat situ. Wallahuallam....

Ok, kaum hawa sudah lepas kaunter imegresen. Kasihan untuk kaum Adam. Mereka kena beratur terlalu lama. Selepas kaum hawa selesai, polis kat situ utamakan pula kaum adam warga emas termasuklah abah kami. Itu pun lama jugak kami tunggu abah kami nak lepas kaunter tu. Adalah dalam 2 jam beratur. Sian kat abah kami dan pakcik2 yang lain kena berdiri terlalu lama.

Elok je abah kami lepas kaunter imegresen jam sudah pukul 6.00am.
so, kami terus tunaikan solat subuh.

Kite lah petugas setia menjaga bag jemaah semasa mereka semua pergi ke tandas dan menunaikan solat subuh. Nampak macam sikit je beg tu tapi kalau ambil gambar dari jauh penuh kite dikelilingi dengan beg berwarna merah :)

Si isteri menunggu si suami keluar daripada kaunter imegresen dengan penuh kesabaran. Kasihan suami kita dan lelaki muda yang lain. Terpaksa beratur lama. Suami saya dan jemaah muda yang lain  dapat lepas kaunter pada pukul 8.00am.

Bayangkan mereka kena beratur selama 4jam (4.00am - 8.00am) itupun jadi lambat sebab petugas kaunter tu buat leceh-leceh la...saja buat lambat2 la...pastu boleh plak tinggalkan kaunter terlalu lama. Terpaksalah suami dan jemaah lain solat subuh kat tempat mereka beratur tu. Huhu...sian sungguh lah. Tapi...terima kasih kepada Allah kerana beri kami pengalaman pahit dan manis di sana :)

Sementara tunggu en.suami tak lepas2 keluar kaunter imegresen, kita 'berwefie' dulu wokey!! teruja tengok pokok tamar kat belakang tu. Pemandangan yang sangat lapang dan luas. Seronoknya!!!!!

Kami jelajah satu aiport Jeddah. Bagunan 1 tingkat sahaja dan taklah terlalu besar. Cuaca tak panas lagi. Berangin sangat...

 Tak berapa pasti ini project bangunan apa. Tapi rasa ini aiport Jeddah yang baru kot.

Banyak bas yang telah disediakan mengikut agent travel masing2.

Alhamdulillah kami dapat bas baru, Sangat selesa dan luas. Tapi kasihan bagi mereka yang dapat bas lama, kecil dan buruk. Apa yang saya perasan, yang naik bas lama tu adalah warga berkulit hitam. Mereka orang susah agaknya. Ya Allah...rasa insaf pada diri ini. Syukur selalu....

Ok, kami nak berangkat ke bumi Madinah. Bas bertolak jam 9.30am. Selamat tinggal Jeddah, Nanti kite berjumpa time balik nanti yer.

 Berbeza sungguh pemandangan kat Malaysia. Sini penuh dengan padang pasir, bukit dan gunung berbatu. Jalan highway dia memang best. luas dan tak berlubang2 macam kat Malasyia. Sebab apa....sebab negara mereka penuh dengan batu keras. hihihi :)

Ok....berhenti rehat sekejap untuk makan dan membuang qada' hajat. Kita makan dulu kat Al-Maseef Restaurant. Rasa teruja sangat sebab 1st time nak makan makanan orang arab ni. Hihi....kami je yang jakun. Ma dan abah kami tak heran pun sbb mereka dah pernah makan.

 Amboi adik mira.....manja betul dengan abah. Ye la...belum ada pasangan lagi. Hik3...masa kami beli pop corn kat kedai belakang tu, adik kena ngurat dengan pak arab. Yang kelalar tu boleh selamber je dia ngorat depan ma abah kami. Dia nak baju sejuk yang adik kite pegang tu. Amboi....gatainye....tapi memang handsome la. Ahaks!!!!

 Kedai kat belakang tu macam2 ada....nak beli sabun ker, makanan ker, kain ihram ke....semua ada kat situ. Tapi kami tak belilah. masuk melawat jer.

 Lonely....I am so lonely....I have no body...no...no...no...you still have Allah and family ok. Saje nak tunjuk pemandangan kat belakang tu. Luaskan pemandangan alam. Tak nampak pokok pun. Cuaca pun tak panas.....malah rasa sejuk dan berangin. Suka3....

 Ok....jom breakfast. Nampak tak botol kecik2 tu. Haaa....jangan dibuang botol tu. Boleh guna time emergency seperti time nak membuang qada' hajat ke, time nak ambil wudhu' ke, nak isi air zam zam ker....sangat berguna time2 nak beribadat tau.

 Makan dalam talam. macam roti chapatti. ada kuah dal, scramble egg, daging black pepper kot. Sedap sangat sampai rasa macam tak cukup. Sedap ke tak sedap ke kena cakap sedap sebab sekarang ni kite di bumi Madinah dan Mekah. Tapi tak berani nak makan banyak2 nanti perut meragam. Haippp....datang ke sana bukan nak melantak yer...Datang ke sana nak beribadat ok.


Ini air teh. Ya Allah.....pahitnya air teh dia. Tapi kat sana tak leh cakap pahit. Kena cakap manis :)
Dah bubuh gula pun still pahit.

 Suasana dalam Al-Maseef Restaurant. Masa ni cuaca sejuk tau!!!! Bukan sejuk sebab kipas tapi sejuk berangin. Tarikh kami pergi ni tarikh perubahan cuaca daripada sejuk nak ke cuaca panas. Cuaca mendung2 dan berangin gitu!!

Dalam Al-Maseef Restaurant. Jemaah tidak perlu beratur ambil makanan. Nanti pihak mereka yang akan hantar makanan kat meja.

Ok....jemaah teruskan semula perjalanan ke Madinah. Ini stesen minyak dan masjid.

Ini masjid jugak kot....main snap gambar jer ni.

Ok, selesailah sudah cerita di Jeddah. Kami sampai di Madinah pada jam 2.00pm. Perjalanan daripada Jeddah ke Madinah dalam 4-5 jam. Moh kite sambung cerita di Madinah. Bermulalah cerita yang dinanti-nantikan. Next story plak wokey!!!

Wednesday, July 22, 2015

KLIA KE ABU DHABI KE JEDDAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

JUARA TRAVEL & TOURS

PERJALANAN KLIA - 

TRANSIT ABU DHABI - JEDDAH

Kali ni kita sambung pengalaman perjalanan daripada rumah - KLIA - transit di airport Abu Dhabi - Jeddah. Cerita sebelumnya atau seterusnya rujuk pada link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH


Tarikh berangkat : 14 Mac 2015 (Sabtu)
Flight di KLIA : 7.35 pm

Kami kena keluar dari rumah pukul 7.00 pagi. Sebelum tu digalakkan mandi sunat muasafir dan solat sunat muasafir. 

Kalau boleh semua bag kita buat la reben besar2, terang dan seragam supaya nanti senang nak cam beg masing2. Pakej JUARA TRAVEL bagi telekung umrah, kain ihram, beg tarik besar, beg tarik kecil, beg jinjit dan beg silang.


Nak lagi bagus setiap bag tu buat la tanda nama dan ada no. telefon. yang ni mira buatkan sbb dia kan pandai buat design graphic. 

Kami dikehendaki berkumpul di Masjid Muadzam Shah dan diberi taklimat secara ringkas berkenaan perjalanan dan aktiviti yang akan dijalankan. Kami berangkat ke KLIA pukul 8.30 pagi. 

 Bergambar kenangan bersama jiran kami....Kak Yan

 Muka berseri2 gituuuuu!!!!

 Berseri2 terkena sinaran matahari. SOBAHULKHAIR....SELAMAT PAGI
Muka ada senyum tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Selagi kaki tidak jejak di bumi madinah al-munawwarah & mekah al-mukarramah selagi tu hati tak senang sbb kita tak tahu sama ada Allah & Rasulullah sudi terima kehadiran kami atau tidak

 Pasangan romantis ma dan abah kami. Alhamdulillah....ma abah dipanjangkan umur & diberi kesihatan untuk bertemu Rasulullah dan ke rumah Allah buat kali kedua selepas mengerjakan haji pada tahun 2013.

 Ini pasangan romantis juga...Alhamdulillah ....kenangan paling indah dapat menunaikan umrah bersama2 ketika usia kami 31 & 32 tahun. Pergi dengan penuh harapan dan doa agar Allah perkenankan doa-doa kami.

 Yang ni ganjil sbb sorang2. hihi....takpe. Mira ke sana juga dengan harapan dan doa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Kite ckp kat mira yang pelakon Fahrin Ahmad pun tengah mengerjakan umrah. kot2 ada rezeki jumpa Fahrin Ahmad. Hohoho....tinggi berangan2 tu. Nak tahu samada angan2 kami berjuma Fahrin Ahmad menjadi kenyataan atau tidak....ikutilah kisah kami sehingga habis yer. . Mira sgt bertuah kerana dapat menunaikan umrah ketika umurnya berusia 25 tahun.


 Alhamdulillah...kami dah sampai KLIA jam 12.30pm. Terlalu banyak masa terluang. 

 Antara jemaah JUARA TRAVEL TOURS. Haaaa....beg merah tau syarikat juara ni. cantik!!!!

 Menantu dan bapa mertua. asyik 'berdebat' jer. hihi....

 Waaa....macam dah dapat NUR je walaupun belum berangkat ke Madinah dan Mekah. hihi....Amin.........

 Main puas2 dengan baby Aqil. Rindunya kat dia...tapi rindu kami lebih untuk bertemu dengan Allah & Rasulullah

 Atuk rasa macam tak nak tinggalkan baby Aqil. Masa ni baby Aqil baru 3 bulan

 Seronok ma abah dapat jumpa dengan cucu mereka. amboi Aqil....cantik kaki tu tala ke atuk. Hihi....

 Dukung baby Aqil....kot2 lepas ni baby Aqil dapat sepupu baru. Amin.....

 Baby Aqil ni buat muka kerut plak. nape....sedih nak tinggalkan acu dan makcik yer?

Abg min, kak iesya dan yaya dah pernah pergi umrah. Kali ni giliran kami pula

 Bergambar bersama2 sebelum kami berlepas. Gambar kak iesya takde sbb kak iesya ambilkan gambar. Huhu....dah terasa sebak dah masa ni. Kali ni kembar Rina & Dina bergambar dengan sgt baik. Kalau sebelum ni sorang pandang kamera sorang lagi pandang tempat lain. 

Mira bersama abg min dan baby Aqil.

 Taklimat daripada staff JUARA TRAVEL TOURS sebelum berangkat. masa ni lah mereka bagi visa, passport dan tag nama yang perlu digantung di leher sepanjang masa.

 Bergambar bersama jemaah lain. ada yang datang dari jauh tau....datang daripada Sabah iaitu Hakim & atoknya (gambar paling kanan)

Gambar jemaah tak ready lagi. Hahaha....


Bermulalah perjalanan kami daripada KLIA dan transit di Abu Dhabi dan terus ke Jeddah. Best nya naik ETIHAD ni...Sebelum gerak kami dibacakan doa menaiki kenderaan oleh crew ETIHAD. Alhamdulillah....bagus3. Macam tu yang kita nakkan. Semoga Allah selamatkan perjalanan kami semua.

Flight ETIHAD best, besar, selesa, boleh tengok movie, dengar lagu, boleh ambil selimut ETIHAD warna hijau tu. hihihi...

Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. kami gerak pukul 7.35pm dan sampai sana pada pukul 3.30am (waktu Malaysia), Waktu Abu Dhabi pukul 11.30pm (lewat 4 jam daripada Malaysia).

 Bergambar berdua...rasa excited sangat.

 Kapal terbang baru gerak ma dan mira dah tido ker?

 Curi2 ambil gambar abah. Abah ni tido ke atau khusyuk dengar bacaan Al-Quran?

Alhamdulillah....dah sampai airport Abu Dhabi. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Kami gerak pukul 7.35pm dan sampai sana pada pukul 3.30am (waktu Malaysia), Waktu Abu Dhabi pukul 11.30pm (Lewat 4 jam daripada Malaysia).

Kami diberi masa 2 jam sahaja transit di Abu Dhabi. Dalam tempoh 2 jam tu lah kami bergegas menunaikan solat jamak takhir Maghrib & Isyak. Pastu membuang segala 'isi perut'.

Kami berdua ni minat sgt kumpul fridge magnet. Dah alang2 sampai Abu Dhabi...wajiblah beli kan?? Berlari2 kami pegi beli sbb masa sangat terhad. Harga 1 fridge magnet = 15 AED. Masa tu kami takde duit AED tapi boleh juga pakai duit Riyal.

Flight ke Jeddah pukul 2am (waktu Abu Dhabi).

Kite dan adik kite Mira ada cerita 'seram sejuk'. Masa kami tunggu waktu transit tu takde plak rasa sakit perut. Happy je kami masa tu. Baru je nak naik flight tetiba perut kami memulas la plak. Takkan nak keluar flight dan pergi tandas kat aiport. Mana boleh nak keluar lagi dah. Takkan nak guna toilet dalam flight sedangkan flight tak gerak lagi.

Bila flight dah gerak jauh barulah kami berpeluang pergi toilet. Masalahnya ramai giler orang nak masuk toilet. Batalkan je lah niat tu. So, kami berzikir dalam hati dan buat2 tido untuk kurangkan rasa sakit perut seram sejuk tu. Nasib baiklah perjalanan daripada Abu Dhabi ke Jeddah makan masa 2 jam sahaja. Dapatlah kami melepaskan hajat di airport Jeddah. Tandas sangat bersih.

ok....kita sambung next story pula....