curser

Sunday, August 2, 2015

VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM YA AHLI SYURGA

VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH STEP BY STEP DARIPADA MULA HINGGA SELESAI

p/s : pengalaman kami mengerjakan umrah dan ziarah boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah dan ziarah.


Alhamdulillah....Allah berikan kami jalan untuk membantu kawan2 di luar sana untuk belajar tentang umrah dan ziarah dengan lebih mudah, pantas dan senang difahami.

Bagi mereka yang pertama kali nak mengerjakan umrah dan ziarah, kenalah menambahkan ilmu di dada dengan cara menghadiri kursus yang disediakan oleh agensi masing2. Tapi kadang2 tak sempat nak gi kursus kan atau dah pergi kursus tapi tak ingat-ingat dan tak paham-paham jugak.

Kami percaya setiap daripada anda terutama yang pertama kali hendak mengerjakan umrah akan menggunakan Mr. Google untuk mencari info berkenaan cara2 mengerjakan umrah.  Kami pun alami perkara yang sama. Kadang2 info tu dah ada tapi terlalu rumit dan sukar difahami, info tidak tersusun, dan kena buka banyak blog untuk dibaca.

Oleh itu, kami siapkan video ini untuk memudahkan anda semua. Video Tuan Hj Mohd Firdaus Mat Saad ni memang best, very simple tapi sangat padat. Walaupun kami sudah hadiri kursus dan baca pelbagai buku, kami sekeluarga juga study melalui video ini. Study melalui pendekatan video lebih cepat faham daripada baca buku sorang2 dalam bilik tapi tak paham2. hahaha.... 

Video ini kawan2 boleh search kat youtube tapi kami upload dan susunkan dalam blog kami untuk memudahkan anda semua. Terima kasih kepada MariaFirdaus kerana upload video ini dalam youtube. Izinkan kami ambil video ini dan masukkan ke dalam blog kami yer. Moga Allah gandakan pahala kepada Tuan Hj Mohd Mat Saad dan MariaFirdaus. Semoga ilmu ini membantu kawan2 di luar sana.


SOALAN 1 : dokumen yang perlu disediakan

SOALAN 2 : persiapan mengerjakan umrah
 

SOALAN 3 : saya nak pergi umrah sekarang, saya nak buat apa

SOALAN 4 : barang yang nak dibawa ke tanah suci

SOALAN 5 : perjalanan daripada KLIA ke Jeddah

SOALAN 6 : keistimewaan bumi Madinah

SOALAN 7 : ibadah di Masjid Nabawi

SOALAN 8 : ziarah dalam masjid Nabawi

SOALAN 9 : kelebihan dan tips berada di Raudhah

SOALAN 10 : ziarah di luar Madinah

SOALAN 11 : barang nak dibeli di tanah suci

SOALAN 12 : sejarah dan keistimewaan mekah

SOALAN 13 : pengetahuan asas mengenai kaabah

SOALAN 14 : keistimewaan Masjidil Haram

SOALAN 15 : pengertian, rukun dan wajib umrah

SOALAN 16 : pengertian tawaf dan cara melakukannya

SOALAN 17 : pengertian saie dan cara melakukannya

SOALAN 18 : bergunting dan bertahlul

SOALAN 19 : wajib umrah dan pantang larang ihram

SOALAN 20 : perjalanan umrah dari madinah sehingga selesai

SOALAN 21 : ibadah di Masjidil Haram

SOALAN 22 : ziarah luar di mekah

SOALAN 23 : bagaimana nak buat umrah banyak kali

SOALAN 24 : nasihat tambahan untuk menunaikan umrah

SOALAN 25 : tawaf wida'

NOTA TAMBAHAN : cara memakai kain pelikat semasa dalam pantang larang ihram
ok....dah habis dah. diharapkan video ini dapat membantu anda di luar sana yer.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH!!!!!