curser

Sunday, December 13, 2015

RAUDHAH MASJID NABAWI TAMAN SYURGA & TEMPAT DOA MUSTAJAB (JEMAAH WANITA)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM AHLI RAUDHAH ALLAH

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

RAUDHAH DI MASJID NABAWI TAMAN-TAMAN SYURGA & TEMPAT DOA MUSTAJAB 
(JEMAAH WANITA)

Masyaallah...Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar....akhirnya Allah memberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke dalam Raudhah-Mu Ya Allah.

Raudhah bermaksud taman dan nama itu diberikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Dalam satu hadis bermaksud : Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah Raudhah (taman) dari taman-taman syurga.

p/s : cerita sebelum dan selepas boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah & ziarah


Berselfie dulu sebelum bergerak ke Raudhah. Walaupun kami sudah jejakkan kaki di Madinah dan Masjid Nabawi....hati masih berdebar-debar selagi kaki ini tidak dapat jejak ke dalam Raudhah kerana kami sangat takut sekiranya Allah tidak mengizinkan kami masuk ke dalam Raudhah-Mu dan Rasulullah S.A.W tidak mahu berjumpa dengan umatnya ini...

Ini adalah Ustazah yang akan membawa dan membimbing kami ke Raudhah. Ustazah ini daripada Indonesia. Suka dengar cara Ustazah ini bercakap kerana kata-katanya sungguh halus, lemah lembut dan bersastera. Lihat saje pada fesyen telekungnya sudah tahu Ustazah ini daripada Indonesia. Hihi...

 Hmmm....berselfie lagi. Ish...ish...ish....Masa ni Ustazah tengah sibuk memberi ceramah tentang Raudhah tapi kami sibuk bergambar dan tidak memberi tumpuan 100% pada taklimat Ustazah dan akhirnya kami tidak dapat maklumat penuh apa yang disampaikan oleh Ustazah. Huhu...Korang kat luar sana jangan buat macam ni tau...Sila beri tumpuan wokey.

 Keterujaan nak ambil gambar di Masjid Nabawi pada waktu malam. Seronoknya....


Cantiknya.....Rasa memang tak nak balik ke hotel. Rasa nak duduk kat sini jer. Waktu malam sangat sejuk...berangin....


Ok...kami sekarang berada di depan pintu Masjid Nabawi. Untuk masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita antaranya melalui pintu no.25.

 Perlu berkumpul ikut negara seperti Malaysia dengan Indonesia. Nak kenal group senang je...biasanya Indonesia & Malaysia pakai telekung warna putih. Manakala group pakai jubah dan tudung hitam daripada negara turki, arab, etc.

 Kalau boleh jangan join group orang Arab kerana badan mereka yang sangat besar dan kalau jatuh confirm lenyek. Hihihi....Daripada pengalaman kami, mereka agak selfish, suka tolak2 dan tak nak bagi ruang untuk solat tapi ada juga antara mereka yang baik. 

Sebaiknya join lah dengan group Malaysia & Indonesia kerana serumpun, lemah lembut, saling memahami, membantu dan juga tidak suka berebut atau bertolak2.


Ini adalah video yang diambil semasa menunggu turn nak masuk ke dalam Raudhah di kawasan jemaah wanita. Nampakkan kumpulan daripada negara Asia dan Timur Tengah. Haaa...pandai2lah bawa diri yer :)

Wefie sat sementara tunggu turn nak masuk ke Raudhah. Banyakkan berdoa, berselawat, berzikir dan membaca Al-Quran supaya Allah permudahkan kita semua untuk masuk ke Raudhah.

Hahaha....Sian dia sampai tertidur. Kami agak mengantuk kerana penat travel dalam flight dan malamnya terus ke Raudhah. Lagipun nak tunggu turn boleh masuk ke Raudhah berjam-jam. Kami start pukul 10 malam dan siap pukul 1 - 2 pagi.

Raudhah terletak di antara Makam Rasulullah (dahulunya rumah Rasulullah) dan Mimbar Rasullullah. Nampak tak kubah warna hijau tu? haaa....kat situlah Raudhah. 

Kat tempat menunggu tu bumbung akan dibuka pada waktu malam dan dapatlah lihat langit dan bintang berkelipan manakala pada waktu siang akan dibukakan payung besar.

 Hiasan Kubah Masjid Nabawi (Raudhah)

 Alhamdulillah....akhirnya berjaya jejakkan kaki ke dalam Raudhah. Nak tahu dah masuk ke Raudhah atau belum lihat pada warna karpet seperti gambar di atas. Karpet merah bukan kawasan Raudhah manakala karpet hijau adalah kawasan Raudhah.

Kawasan dalam Raudhah bersesak dengan umat Nabi Muhammad S.A.W daripada pelbagai negara. Takde langsung ruang untuk solat seperti kebiasaan yang kita amalkan di masjid luar. Tempat ini tidak pernah sepi dan sentiasa dipenuhi dengan umat nabi Muhammad S.A.W kerana ianya ANTARA TEMPAT DOA MUSTAJAB.

Tipsnya senang sahaja. Ada je ruang yang agak2 boleh solat walaupun terpaksa berhimpit, terus je solat. Tapi sebelum itu, minta kawan-kawan, sedara-mara, family atau jemaah lain buat kepungan supaya orang lain tidak akan menolak atau langkah ketika sedang sujud. 

Kalau orang Arab berdegil juga...cakap kat mereka SOLAT! SOLAT! Nanti mereka akan lalu tempat lain. Lepas tu bergilir-gilirlah buat kepungan.

Memandangkan tempat ini agak sesak dan ramai lagi di luar sana yang tengah menunggu turn nak masuk Raudhah....anda dinasihatkan janganlah berlama-lama di dalam Raudhah.

Kami solat sunat 2 rakaat (terpulang nak solat hajat ke...taubat ke...). Lepas tu kami beralih tempat cari tempat ruang kosong yang lain supaya kami dapat bagi peluang orang lain untuk solat di tempat kami tadi. 

Nampak sahaja ruang kosong yang lain kami terus solat sunat 2 rakaat lagi. Selepas itu, kami terus keluar kerana kami tak nak selfish atau pentingkan diri sendiri. Ingat...Kita nak Allah makbulkan doa kita kerana di situ antara tempat doa mustajab tapi anda kena ingat jika anda beri peluang pada orang lain untuk solat di Raudhah...Insya Allah, Allah akan perkenankan doa kita. Amin....

Waktu Raudhah untuk jemaah wanita dalam sehari :

Selepas Subuh sehingga jam 9-10 pagi
Selepas Zuhur sehingga jam 3 petang
Selepas Isyak sehingga jam 11-12 malam

Waktu Raudhah bagi jemaah wanita sentiasa berubah-ubah ikut mood polis wanita yang jaga di situ. Kadang2 dah tutup gate lebih awal tau. Kalau tak percaya boleh tanya dengan pekerja Indonesia dalam masjid di situ.

Saya tidak pasti kenapa waktu berubah2...tapi saya anggap ianya salah satu cara untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

Saya sudah nekad nak ke Raudhah sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya berada di Madinah 4 hari.

1) Hari pertama dapat masuk ke Raudhah bersama pimpinan Ustazah. 

2) Hari kedua saya dan ibu dah sampai di Masjid Nabawi tapi tetiba saya terkentut dan sakit perut la pulak. Ibu saya pun nak ke tandas untuk buang air kecil. Tandas jauh plak tu,..huhu...Disebabkan kami dah buang masa di tandas, kami sampai ke masjid jam 12 malam tapi gate baru sahaja ditutup. Kami cuba merayu dengan polis tu supaya benarkan kami masuk tapi dia tak bagi. Akhirnya kami solat sunat sahaja di dalam masjid.

3) Hari ketiga saya dan ibu ke Raudhah dalam pukul 10.45 malam. Ajak suami saya sekali sebagai peneman. Alhamdulillah...Allah permudahkan kami masuk sekali lagi ke dalam Raudhah.

4) Hari keempat, adalah hari terakhir kami di Madinah. Selepas Zohor kami akan berangkat ke Mekah. Jadi, kami nekad nak ke Raudhah sebab mungkin ini adalah peluangku yang terakhir nak ke Raudhah. Masa tu baru sahaja pukul 9 pagi tapi Raudhah dah ditutup. Sedihnyeee....kenapa tutup awal sangat? Saya tidak puas hati saya tanya pada cleaner Indonesia disitu. Katanya ikut suka polis di situ nak tutup pukul berapa. Huhu....boleh plak macam tu. Sabar je lah.

Target nak masuk ke Raudhah 4 kali tapi dapat masuk 2 kali dah rasa bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah. Jemputlah kami sekali lagi untuk ke sini suatu hari nanti bersama keluarga mertua dan anak-anak kami. Amin....