curser

Thursday, February 18, 2016

TAWAF DI BAITULLAH & MULTAZAM TEMPAT DOA MUSTAJAB - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM WAHAI TETAMU ALLAH

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang

TAWAF DI BAITULLAH & MULTAZAM TEMPAT DOA MUSTAJAB


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi.

p/s : cerita sebelum atau selepas boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk Umrah & Ziarah

Sebelum mengerjakan umrah...kena tahu RUKUN UMRAH iaitu :

1. Niat Ihram di Miqat
2. Tawaf di Baitullah
3. Sae'i di antara Bukit Safa & Marwah
4. Bercukur / gunting / tahallul
5. Tertib

Rukun umrah yang pertama iaitu niat Ihram saya sudah ceritakan sebelum ini. Boleh rujuk link kat box sebelah yer. 

Kami niat Ihram di Miqat Bir Ali atau nama lain Dzulhulaifah. Maka, bermulalah pengembaraan kami untuk bertemu dengan Allah. Kami gerak daripada Madinah jam 2.30 petang dan sampai di Mekah pada jam 9.30 malam....7 jam perjalanan. 


Sepanjang perjalanan Mutawwif minta kami bertarbiah dan ketika itu air mata berjujuran dan tak sabar untuk bertandang ke rumah Allah. Kami bertarbiah sampai tertidur. hihihi...


LabbaikAllah Humma Labbaik
Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu

Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak
Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".


 Alhamdulillah....akhirnya kami sampai di Mekah Al-Mukarramah dengan selamatnya. Kami terus di bawa ke Hotel Al-Khunuz. Bergambar sat kat depan hotel. Gambar ini pada waktu dan hari lain. Sebab tu tak pakai pakaian Ihram.


Kami diberi masa selama 1 jam untuk bersiap2 dan bersihkan diri sebelum menunaikan umrah. Haaa...masa ni kena berhati-hati dan jaga pantang larang seperti jangan memakai wangi-wangian, rambut gugur, memakai pakaian berjahit (lelaki), dll. Gambar ini tiada kena mengena dengan Ihram. 


Kami gerak dari hotel menuju ke Baitullah pada jam 11 malam. Sepanjang berjalan kaki ke sana dikehendaki bertarbiah tidak putus2 dengan penuh rasa kesyahduan. Fuh, masa tu perasaan rasa teruja melihat umat manusia yang sangat ramai dan perasaan berdebar2 untuk melihat Kaabah.


Mutawwif beri pesanan....kalau tersesat cari menara jam ini yer. Lepas itu, belok ke kiri untuk balik ke hotel kami.


ALHAMDULILLAH....Akhirnya kami dapat masuk ke dalam Masjidilharam dan kami dapat melihat KAABAH. ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!! Rasa seperti bermimpi dan sangat2 tak percaya dapat melihat Kaabah depan mata. Ya Allah....terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami. Terasa kerdil diri ini. Allahuakbar!!!


Bermulalah rukun umrah yang kedua iaitu tawaf di Baitullah sebanyak 7 kali pusingan. Kena niat tawaf...."sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala".


Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad. Kalau rasa tak yakin nak mulakan di mana, kat sana ada tulis perkataan START dan ada lampu hijau macam kat gambar atas ini. Gambar di ambil selepas tawaf yer. Kalau amik gambar macam ni semasa tawaf confirm tawaf batal sebab bahu kiri dah teralih daripada menghadap Kaabah.


Ada seorang makcik dalam jemaah kami terbatal tawaf satu pusingan kerana makcik ini tertoleh belakang nak cari Mutawwif, sedara mara atau kawan. Pastu Mutawwif cepat2 tegur makcik ni dan minta makcik ni ganti satu pusingan lagi.

 Tawaf akan terbatal jika bahu kiri teralih daripada Kaabah tapi bukan batal semua. Hanya terbatal untuk pusingan itu sahaja dan perlu ganti pusingan yang terbatal sahaja. 


 Semasa tawaf tidak boleh menyentuh atau berada dalam Hijr Ismail....dalam lengkungan separa bulat seperti gambar di atas.

Semasa tawaf juga tidak boleh memegang Kaabah, kelambu Kaabah dan Syazarawan (kaki Kaabah) seperti gambar di atas.

Selepas tawaf sunat berdoa di Multazam kerana Multazam adalah antara tempat doa mustajab. Insya Allah.....  Multazam adalah bahagian di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. 

Rasulullah saw bersabda,”Multazam adalah tempat doa yang mustajab (terkabul), tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul doanya.”

Cara untuk berdoa di depan Multazam....semasa tawaf untuk pusingan akhir tu...cuba2lah rapatkan diri ke Kaabah tapi tetap kena berhati2 supaya tidak terbatal tawaf yer.

Alhamdulillah, selepas selesai tawaf, saya dan suami dapat berdoa di hadapan Multazam. Antara doa kami....Ya Allah Kau kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Masa ini juga kami sampaikan juga doa2 daripada keluarga, saudara-mara dan kawan2. 


Selepas tawaf perlu solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau yang berdekatan dengannya.


Selepas tawaf juga disunatkan minum air zam-zam sebelum melakukan sai'e. Sebelum minum air zam-zam bacalah doa..."Ya Allah, Kau berikan aku : 
1. rezeki yang luas
2. ilmu yang bermanfaat
3. penawar segala penyakit

Sebenarnya kami ada cerita risau + kelakar. Kat tempat2 macam ni kan mulut, hati & tingkahlaku kena berjaga2 dan sentiasa beringat supaya tidak mengalami perkara yang tidak diingini. Antara perkara yang dirisaukan adalah hilang atau sesat. 

Mutawwif dan pesan selepas buat tawaf berkumpul kat tempat minum air zam-zam sebelum bergerak buat saie. Pada masa tu semua orang dah berkumpul. Hanya seorang sahaja yang tiada iaitu abah kami. Memang cuak betul masa tu. Ye la...umrah tak selesai lagi tapi kami sekeluarga dah diuji dengan abah kami yang tiba2 MIA (missing in action). 

Mujurlah masa tu suami dan abah saya bawa handphone dan dapatlah suami saya bercakap dengan abah. Tau tak abah kami dah kat mana masa tu? Abah kami tengah buat saie dan dah siap satu pusingan pun. Lajunya abah...tak menyempat-nyempat nak buat saie. 


Kami tahu la abah dah ada pengalaman masa buat haji dulu. Tapi yang kami tak percaya tu, laju jugak abah buat tu. Ikutkan abah dah tak berapa sihat nak jalan laju2. Abah ni betul2 buat kami risau tau. Tapi, bila kenang balik rasa kelakar pun ada. Abah....abah....abah....
Nah, saya belanja wajah abah kami yang sgt excited nak buat saie. Hihihi....ABAH, KAMI SAYANG ABAH DUNIA AKHIRAT. 

Alhamdulillah....selesai sudah rukun umrah yang kedua. Rukun umrah seterusnya akan diceritakan next story yer.