curser

Sunday 13 September 2015

KILANG AL-QURAN KING FADH MADINAH (UMRAH & ZIARAH MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

KILANG PERCETAKAN AL-QURAN KING FADH, MADINAH

Hari ni nak kongsi pengalaman pergi ziarah ke Kilang Al-Quran. Haaa...bukan senang tau nak dapat masuk ke kilang percetakan Al-Quran ni.

p/s : cerita sebelum dan selepas boleh click pada belah kanan bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH yer :)

Mutawwif cakap jemaah kami kali ini sangat bertuah kerana rezeki kami dapat masuk ke kilang percetakan Al-Quran. Kebiasaannya susah sikit nak masuk kerana ada waktu-waktu tertentu boleh masuk kilang tu.

Suami saya bagitahu yang abah kami asyik pujuk Mutawwif nak masuk ke kilang tu. Mungkin sebab masa abah buat haji pada Nov 2013 abah tak berkesempatan nak ziarah ke kilang tu. Alhamdulillah...memang rezeki abah dan jemaah yang lain dapat masuk ke situ. Syukur...

Kaum Hawa tidak dibenarkan masuk ke dalam kilang tu. Hanya dibenarkan di bahagian pameran untuk membeli Al-Quran.  Huhu....sedih tak dapat join jemaah lelaki masuk ke kilang.

 cantiknya landscape kat luar bangunan kilang ni

 Rasa nak golek2 kat sini boleh? Hijau nyaaaaaaaaa....bukan senang nak nampak pemandangan hijau di bumi Madinah dan Mekah

 pintu gerbang ke apa ni....terasa seperti di syurga

bangunan ni penuh dengan tanaman pokok bunga warna warni

 hanya boleh lihat dari atas sahaja...tidak boleh turun

 beribu-ribu naskah al-quran yang dicetak

 Al-Quran ini yang berada di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram untuk memudahkan jemaah membaca Al-Quran. Haaa....kalau tak bawa Al-Quran dari rumah pun takpe sebab dalam masjid penuh dengan Al-Quran.


Video dalam kilang ini dirakam oleh ayah kite.


 terperanjat kot tengok warna hitam berjuntai tu...dah macam rupa rambut jeng jeng jeng. seram kot...

Ramai kenalan dan saudara mara kirim duit minta belikan Al-Quran dan Al-Quran itu diwaqafkan kat Masjid Nabawi & Masjidil Haram.

Tapi hanya Al-Quran yang dicetak khas daripada kilang ini atau kedai-kedai tertentu sahaja yang ada jual. Pastu mesti ada chop dan tali warna kuning/gold sahaja boleh diwaqafkan. Selain daripada itu, nanti makcik pakcik cleaner atau staff yang jaga kat Masjid akan bawa keluar daripada Masjid Nabawi dan Masijidl Haram dan dihantar ke masjid lain.

Oleh itu, anda dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli Al-Quran di sana untuk diwaqafkan. Jangan mudah terpedaya dengan penjual di kaki lima atau di pintu masuk dataran Masjid Nabawi walaupun dia sebut WAQAF....WAQAF...


Pihak kilang beri Al-Quran kepada setiap jemaah lelaki. Kami sangat bertuah kerana dapat Al-Quran percuma. Seronoknya...Terima Kasih Ya Allah.

Nampak tak tali warna kuning/gold tu? Haaa...Al-Quran ini sahaja dibenarkan diwaqafkan dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Kami kaum hawa tak dapat masuk ke kilang. So, kami jalan sekitar situ. Ada orang jual buah zuriat dan serbuk buah zuriat. Saya beli kat situ sebab murah. Mudah-mudahan ada rezeki kami menimang cahaya mata. Amin Ya Rabbal Alamin.




No comments:

Post a Comment