curser

Sunday 6 September 2015

MASJID QUBA DAN MASJID QIBLATAINI - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

ZIARAH MASJID QUBA & MASJID QIBLATAINI

Alhamdulillah dah sampai ke cerita yang semakin best di Madinah iaitu pergi ziarah!!!! Nama pakej pun umrah dan ziarah kan....

Dalam masa separuh hari jer kami dapat ziarah 4 tempat iaitu Masjid Quba, Ladang Kurma, Kilang Al-Quran dan Bukit Uhud. Tapi untuk story kali ni nak cerita pasal Masjid Quba & Masjid Qiblataini. Yang lain tu next story wokey.

cerita sebelumnya atau selepasnya boleh click pada link sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

 Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W apabila sampai di Madinah. Kemudian barulah Rasulullah S.A.W bina Masjid Nabawi.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu ia solat di dalam Masjid Quba, maka baginya pahala seperti pahala umrah."

Beruntungkan....belum pergi Mekah buat Umrah tapi pergi solat di Masjid Quba dah dapat pahala seperti mengerjakan Umrah. Allahu Akbar.


  Ini suasan solat di ruang wanita. Nampak tak yang pakai kain warna kuning tu? Itu salah satu cara creativity untuk group mereka agar mudah dikenali dan dicari jika sesat atau dikerumuni oleh ramai orang. Rasanya mereka dari negara timur tengah.

Ini pula ruang solat kaum lelaki. Dah sampai sini solatlah tahiyatulmasjid, dhuha dan solat sunat lain. Pahala besar tu....seperti pahala buat umrah tau. Haa...rugi tak solat kat sini.

 Ni jemaah kami....nama dia Pakcik Omar daripada Chini. Pakcik ni buat umrah sorang2 tidak ditemani oleh ahli keluarga atau saudara-maranya. Takpe pakcik....kami boleh jaga dan bantu pakcik. Pakcik Omar baik dan kelakar. Rindu la plak. Hihihihi.... :)

 Mutawwif kami Us. Nazmi dan Us. Safri. Nampak tak situ ada bumbung transparent? Boleh nampak langit. Kalau malam nampak bulan & bintang la kot.

 Masya Allah....ramainya manusia. Haaa....nak bagi tips ni. Jika nak menziarah di Madinah atau Mekah kena keluar awal2. Jangan berlengah. Jika terlewat sedikit, confirm akan bersesak dengan jemaah yang lain. Pastu pastikan anda sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

 Berlatarbelakangkan Masjid Quba

 Bergambar kenangan bersama jemaah Juara Travel. We miss u all !!!

Eh,mana gambar saya, adik dan Ma kami? Haaa..masa ni Ma kami khusyuk sangat solat dan tak nak keluar2 dari Masjid. Mutawwif dah pesan jangan lama2 sangat. Mutawwif bagi peluang berada di masjid Quba dalam 15-20 minit.

Tapi Ma kami masih solat lagi sedangkan masa tu dah lebih 15 minit.Terpaksalah kami dua beradik pujuk Ma cepat keluar sebab Jemaah lain dah menunggu. Huk3....Pastu Ma macam ada membebel sikit la tapi kami buat2 tak dengar. Kena kuatkan iman dan hati masa Ma membebel. 
Hihihi....sabor jer lah yer :)

Ok...next destination kami ke Ladang Kurma. Kami tak singgah ke Masjid Qiblataini sebabnya kami dah solat di Masjid Quba

Inilah dia Masjid Qiblataini. Kami hanya lalu sahaja. Mutawwif cuma ceritakan serba sedikit sejarah berkenaan masjid ini. 

Masjid ini mula2 dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah.

Masjid Qiblataini bermaksud masjid dengan dua kiblat.

Pada permulaan Islam, mereka solat dengan menghadap kiblat ke arah Masjidil Aqsha di Palestin. Orang kafir mencemuh Rasulullah kerana apa yang dilakukan itu mengikut tradisi nenek moyang mereka. Rasulullah berdoa kepada Allah agar arah kiblat dapat dipindahkan.

Allah pun turunkan wahyu kepada Rasulullah yang pada ketika itu sedang solat menghadap kiblat Masjidil Aqsha. Kemudian, Rasulullah meneruskan solat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke arah kiblat Masjidil Haram tanpa membatalkan solat. 

Haaa...sebab itulah dipanggil Masjid Qiblataini iaitu Masjid Dengan Dua Kiblat.

Hasil carian imej untuk masjid qiblataini
Ini ruang solat dalam Masjid Qiblataini. Gambar ni kami ambil dari Mr. Google. Hihi....sebab kami tak dapat masuk ke sini :(
 Ini hospital di Madinah



Ini pula stesen minyak di Madinah
Dah habis dah story untuk ini. Next, kita pergi ziarah ke Ladang Kurma, Kilang Al-Quran dan Jabal Uhud. Ok bai....


1 comment:

  1. Saya share ya kandungan umrah awak. Minta halakankan.

    ReplyDelete