curser

Sunday 13 September 2015

LADANG TAMAR / KURMA DI MADINAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM EVERYONE!!!!

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

LADANG TAMAR / KURMA DI MADINAH

Wehuuuu.....kali nak kongsi pengalaman pergi ziarah ke Ladang Kurma di Madinah. Asal pergi buat umrah ke haji ke....wajib beli kurma. Siap kawan dan sedara mara kirim minta tolong belikan. Kalau tak kirim pun memang nak beli jugak.

cerita sebelum atau selepasnya sila click pada box belah kanan bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.


Nama je Ladang Kurma / Tamar tapi sebenarnya kami cuma pergi ke kedai jual2 kurma dan yang seangkatan dengannya.

Nota Tambahan : Buah kurma akan subur dengan suhu > 50C untuk menjadikan kurma itu lebih sedap. 

 Kenapa sigboard ni atas tanah? haaa....nampak tak tu nama2 kurma. Kurma yang paling bagus adalah Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi. Kurma Ajwa paling mahal tapi sangat berkualiti. Kurma Yusuf Taiyub tiada di sini yer :)

 Shopping jangan tak shopping. Harga di sini sedikit mahal jika dibandingkan di kedai luar. Terpulanglah nak beli kat sini pun boleh. Nak beli kat kedai lain pun boleh.

p/s : serbuk buah zuriat juga ada di jual di sini tapi mahal sikit lah.

 Boleh rasa kurma2 kat sini sebelum beli. Biasanya mereka akan cakap HALAL...HALAL...

Nak kongsi pengalaman la...pekerja situ kan pegang kurma pakai tangan mereka. Lepas tu kurma yang dia pegang tu dia bagi kat kite. Lepas tu kite makan la kurma tu. Rasa masin. Aaaaaa....Masa tu fikir sbb ingatkan kurma tu memang masin. Lepas tu kite cuba rasa kurma lain plak. Orang tu bagi kurma yang dia pegang. Masin jugak. Aaaaa...faham kan? Hihihi....masa tu hati kena diam yer. Jangan nak fikir yang bukan2. Huhuhu...

 Boleh beli untuk cenderahati kepada keluarga, saudara mara dan kawan2. Pelbagai jenis coklat

Hasil carian imej untuk kurma muda
Ini adalah kurma muda sebelum jadi tua dan kering. Kurma muda ni kena simpan di tempat yang sejuk. Rasanya memang sedap. 

Yang kelakarnya En. Suami kite beli banyak nak bawak balik Malaysia. Sampai Malaysia dah lunyai dan lembik. Dah jadi jus kurma. Hahahahha....habis bagasi kotor. Tu la...Si Isteri dah pesan buah tu tak boleh simpan lama2. Dah la baru je 3 hari di Madinah. Belum pergi Mekah lagi. Nak simpan buah tu lama2 mana boleh. Degil kan....Hmmm...Amboi tu!!!

Haaa...ini kawasan belakang kedai. Cantikkan? Kat sini boleh makan dan minum free. Wajib ambil gambar kat sini sebab landskap situ cantik2.

Sian....bergambar sorang2 lagi :)

Meh Kakyu temankan bergambar berdua dengan Mira yer....sian dia. Hihihi....

Bergambar lagi bersama Jemaah Travel Juara. Really miss u all. Ya Allah...ketemukan kami sekali lagi bersama mereka. Amin....

Ok...rehat jap. Nanti sambung cerita pergi Kilang Al-Quran & Jabal Uhud.

No comments:

Post a Comment