curser

Sunday 24 January 2016

ZIARAH WADA (SELAMAT TINGGAL) DAN MIQAT DI BIR ALI - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM BAKAL AHLI SYURGA

UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.


ZIARAH WADA (SELAMAT TINGGAL) DAN 
MIQAT DI BIR ALI

Rasa sedih bila sebut perkataan Ziarah Wada yang bermaksud SELAMAT TINGGAL YA RASULULLAH tapi pada masa sama hati tidak sabar-sabar untuk ke rumah Allah di Masjidil Haram.

p/s: cerita sebelum atau selepas boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah & ziarah.

Pada hari terakhir kami di Madinah, kami bersama jemaah lain ikut mutawwif untuk melakukan Ziarah Wada yang bermaksud selamat tinggal kepada Nabi Muhammad S.A.W.

 Mutawwif bawa kami ke arah kubah hijau dan di situ kami berdoa buat kali terakhir. Ada doa khusus untuk Ziarah Wada (boleh baca kat buku panduan umrah / haji). Tapi yang paling penting...doalah bersungguh2 dan penuh keikhlasan. Doalah supaya dipanjangkan umur agar dapat dapat ke Masjid Nabawi sekali lagi. 

Memang sedih sangat...kalau boleh tak nak tinggalkan Masjid Nabawi!!!!

 Selepas itu, kami masuk ke dalam Masjid untuk buat solat sunat. Saya dah ikhtiar nak bawa ibu, adik dan jemaah wanita yang lain untuk masuk ke Raudhah tapi dah tutup. Huwaa....sedihnya. Tiada rezeki kami untuk masuk ke Raudhah buat kali terkahir :(

 Kami perlu mandi sunat ihram dari hotel lagi. Kemudian, terus siap2 memakai pakaian ihram berwarna putih. Selepas itu, kami solat Zuhor dan solat jamak Asar di Masjid Nabawi.  Kena buat solat jamak sebab perjalanan ke Mekah ambil masa 7 jam. Disambung pula dengan solat sunat Ihram. Nampak putih lagi suci tak kami? Ahaks!!

Fisrt time cik abe pakai pakaian ihram. Mula2 pakai dia rasa segan. Hihi.... Abah plak dah biasa pakai ihram pengalaman buat haji. Trademark JUARA TRAVEL mesti la kena tunjukkan barulah rasa bangga sikit.

 Sebelum naik bas berangkat ke Bir Ali...kami bergambar kenang-kenangan di sebelah hotel kami...HOTEL JAWHARAT AL-ASIMAH. Kami anak beranak memilih untuk pakai jubah seluar untuk memudahkan pergerakan. Hihi...

Ya Allah....Kau peliharalah hubungan kami suami isteri, bahagiakanlah kami, tetapkan hati kami menjadi suami dan isteri yang taat pada perintah-Mu, kurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah dan semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga-Mu. Amin Ya Rabbal A'lamin. 

Ya Allah....Kau panjangkan usia adikku, berikan kebahagiaan kepadanya, dimurahkan rezeki dan bertemu dengan jodoh yang baik. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Inilah Masjid Bir Ali atau nama lain Dzulhulaifah. Ini adalah tempat miqat (niat) bagi penduduk Madinah atau jemaah yang datang dari arah Madinah yang akan mengerjakan umrah atau haji.

Jarak daripada Masjid Nabawi ke Bir Ali lebih kurang 10km. Manakala jarak dari Bir Ali ke Mekah lebih kurang 425km dan merupakan jarak Miqat yang paling jauh. Haa...bayangkan nak jaga pantang larang dalam tempoh perjalanan yang sangat jauh tu. Sangat menguji kesabaran.

Masjid di sini cantik sangat dengan landscaping yang tersusun dan hijau sangat. Tandas dan bilik persalinan banyak dan sangat selesa kerana di sinilah jemaah berkumpul untuk mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Tapi kami dah buat semua tu daripada hotel kat Madinah lagi. So, dah jimat masa dan dapat la mengurangkan kesesakan kat sana. 

 Sampai sahaja di Masjid ini...kami terus buat solat sunat Tahiyyatulmasjid sahaja. Solat sunat Ihram kami dah buat siap2 semasa di Masjid Nabawi. 

Kemudian, kami terus pasang niat Ihram Umrah yang merupakan RUKUN UMRAH YANG PERTAMA..."Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala"

 Haaa...kena ingat. Selepas sahaja niat Ihram....maka bermulalah PANTANG LARANG YANG PERLU DIJAGA. JIKA TIDAK...KENA BAYAR DAM. Antaranya....tidak boleh pakai kasut (lelaki), memakai pakaian berjahit (lelaki), tidak boleh tutup kepala (lelaki), tidak boleh memakai wangi-wangian, tidak boleh mencabut atau tanggal bulu/rambut, tidak boleh potong kuku, tidak boleh membunuh binatang, tidak boleh buat hubungan kelamin dan banyak lagi. 

 Bergambar sementara tunggu jemaah yang lain 

 Ini kawasan di luar Masjid Bir Ali,,,,cantik dan penuh dengan pokok yang sangat hijau. Ramai yang duduk rehat di situ. Tapi sayang....banyak sampah merata-rata especially sampah bekas makanan dan minuman.

Perjalanan daripada Bir Ali ke Mekah suasananya sama seperti perjalanan daripada Jeddah ke Madinah. Semuanya berbatu dan berpasir. Tiada tumbuhan. Jalan highway dan selesa. 
Kami berhenti rehat di WADI QUDAIT....Masa ni hujan renyai-renyai sekejap. Sejuk.............

 Kami makan nasi arab Ayam dan Ikan. Ya Allah...sedapnya!!!!. Lepas makan kami singgah ke toilet jap. Ok lah, Alhamdulillah. Tapi...tetiba kat tempat wudhu takde plak air. Agaknya sebab ramai manusia. Ye la....jemaah daripada pelbagai negara rehat di sini. Nasib baik ada air mineral tau. Haa...sangat penting bawa air extra ni. Di sini kami solat jamak Maghrib dan Isyak. 

Ok...stop sini dulu yer. Nanti kami akan ceritakan rukum umrah yang lagi 4 itu iaitu tawaf, saie, tahallul dan tertib. Insya Allah.






No comments:

Post a Comment